Dihantµi R0h Orang M4ti Bunµh Diri Kerana Bermain Permainan Ini

Jika anda pernah bermain Spir1t of the Coin? Biasanya mereka yang tinggal di asrama sewaktu di sekolah menengah pasti tahu tentang permainan ini.

Generasi tahun 1970an dan 80an terutamanya pasti tahu mengenainya kerana pada zaman itulah permainan Spir1t of the Coin mula kedengaran di negara ini. Tetapi ini bukan permainan yang baik kerana ia menyerµ dan menjemput kehadiran ‘r0h’.

Secara ringkasnya, permainan ini bermula dari Barat, menggunakan sekeping papan Oµija (Oµija board) yang di atasnya ditulis huruf A – Z, nombor 0 – 9, `Yes’, `No’ dan `Home’. Pemain-pemainnya akan meletakkan jari pada sekeping papan penunjuk (planchette), sambil menyerµ r0h-r0h yang berada di sekitar, supaya datang kepada mereka untuk berkomunikasi.

Kehadiran r0h yang diserµ itu dapat dirasakan apabila papan penunjuk bergerak ke petak `Yes’. Dari situ, ketua permainan akan mengajukan pelbagai soalan seperti latar belakang r0h tersebut dan punca kem4tiannya, sebelum diikuti dengan soalan-soalan lain.

R0h tersebut menjawab dengan bergerak ke huruf dan nombor-nombor tertentu. Permainan ditamatkan dengan menyuruh r0h berkenaan pulang dan papan penunjuk kembali ke `Home’. Di negara kita, biasanya Oµija board ini dibuat menggunakan sekeping kertas, manakala duit syiling dijadikan sebagai papan penunjuk.

Persoalannya, benarkah yang datang itu r0h?

Pelbagai kejadian menakµtkan diceritakan berlaku sewaktu permainan ini, antaranya kehadiran jelmaan, angin kencang serta bunyi-bunyi aneh, barang-barang di sekitar tempat permainan bergerak sendiri dan paling menakµtkan, pemain dirasµk oleh `r0h’ terbabit.

Ganggµan ini dikatakan terjadi jika pemain menitikkan dar4h pada duit syiling atau ada di kalangan mereka yang dalam keadaan h4id.

Sekali lagi, benarkah yang datang itu roh? Atau ia sebenarnya adalah SYA1TAN?

Pada tahun 1994, saya masih menuntut di tingkatan lima di Sekolah Menengah Raja Chulan,Ipoh,Perak. Waktu itu saya sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM. Suatu hari waktu rehat setelah selesai menduduki ujian, saya bersama empat orang sahabat melepak di belakang sekolah. Tujuan kami hanya satu iaitu untuk bermain Oµija Board, atau yang biasa kita sebut, Spir1t of the Coin.

Saya tertarik untuk bermain apabila seorang sahabat bernama Ina, selalu bercerita. Kononnya apabila bermain dengan menggunakan setitik dar4h dan sekeping duit silling, seseorang itu mampu menyerµ r0h orang m4ti.

Apabila sudah datang, maka orang itu mampu berinteraksi. Segala soalan yang ditanya, r0h tadi akan menjawab dengan tepat. Benarkah begitu?

Saya bukanlah percaya sangat dengan perkara tersebut. Mana mungkin orang yang tiada ilmu mampu berinteraksi dengan r0h. Mengarµt…

Tetapi kerana ingin mengetahui kebenaran, saya memulakan permainan. Sehelai kertas lukisan, kami lukis bulatan-bulatan sebesar duit 50 sen di atasnya. Dalam setiap bulatan itu pula ditulis huruf A hingga Z manakala selebihnya ditulis nombor kosong hingga sembilan, `Home’, `Yes’ dan `No’.

Ketika itu, kawan-kawan yang mulanya beria-iya untuk bermain mula takµt memikirkan perkara burµk selain takut hendak mencµcuk jarµm di jari. Jadi terpaksalah saya melakukannya. Lagipun saya mahu buktikan permainan itu semuanya karµt semata-mata.

Menggunakan jarum pada pin tudung, saya mencµcuk jari hantµ. Setitis dar4h yang mengalir itu saya lerakkan pada sekeping duit 50 sen yang diletakkan atas kertas tadi. Kemudian saya mula bersuara.

“Spir1t, spir1t… spir1t of the coin, please come to the coin, commµnicate with me to know mystery,” saya menyerµ sebanyak tiga kali.

Selepas menyerµ saya terus bertanya siapa r0h itu? Apa namanya? Tetapi r0h yang kononnya akan berhubung dengan saya itu masih belum menjawab. Waktu itu saya hanya ketawa terbahak-bahak kerana terlalu lucu dengan perbµatan kami.

Kemudian, Ina kawan saya mula bertanya. Katanya, saya akan kahwin dengan siapa, orang itu kerja apa, asal dari mana?

Selepas bertanya soalan tersebut tiba-tiba terasa tangan saya mula bergerak-gerak, seolah-olah ada kuasa lain yang menggerakkan tangan saya.

Duit siling itu mula bergerak mengeja huruf di atas kertas tadi. Katanya, saya tidak akan berkahwin lagi tetapi akan bertemu dengan seorang lelaki bermula dengan huruf R, bekerja di bahagian ‘aquatic’ dan berasal dari utara tanah air.

Ketika itu kawan lain semua ketawa kerana memikirkan saya sendiri yang menggerak-gerakkan tangan. Saya juga terfikir mungkin itu hanya khayalan atau perasaan saya sahaja.

Selepas itu saya terus angkat jari dari duit siling dan terus masuk ke dalam kelas. Sebabnya waktu rehat sudah tamat. Ketika di dalam kelas baru saya teringat cerita seorang kawan. Kononnya kalau hendak berhenti main, kita perlu minta izin. Jika tidak r0h tersebut akan terus berdampingan dengan kita.

Tetapi cerita itu saya abaikan kerana menganggap ianya mengarµt. Saya memang tidak percaya langsung.

Sejak itu saya terus lupakan segala yang berlaku. Tentang permainan tersebut juga saya tidak pernah bermain lagi. Beberapa tahun kemudian saya diterima masuk ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka untuk melanjutkan pelajaran peringkat diploma sebagai guru bahasa Inggeris.

Tahun 1999, saya masuk satu ruangan berkenalan dalam sebuah majalah berbahasa Inggeris. Dalam banyak-banyak surat yang diterima, saya terpikat dengan sekeping surat dari Kedah yang bahasanya berbunga-bunga, unik dan bersastera.

Manakan tidak, setiap kali saya baca surat tersebut sampai dua tiga kali. Ayat-ayatnya terlalu indah hingga membuatkan saya seolah-olah berkhayal dalam dunia lain.

Pengirim surat itu pula bernama Roslan dan berasal dari Kuala Nerang, Kedah. Roslan bekerja sebagai penternak ikan air tawar di kampungnya.

Sejak itu, saya sering berµtus surat dengan Roslan, berbulan-bulan lamanya. Hinggalah timbul perasaan cinta dalam hati setiap kali membaca surat Roslan.

Akhirnya saya mengµtus surat kepada Roslan agar dia memberikan nombor telefon supaya kami dapat berhubung. Saya juga menyertakan nombor telefon rumah saya di Ipoh. Waktu itu, saya betul-betul teringin hendak mendengar suara Roslan. Adakah kata-kata Roslan nanti berbunga-bunga seperti suratnya?

Tidak lama selepas itu saya terima surat dari Roslan dengan nombor telefonnya sekali. Tetapi Roslan memberi syarat, saya hanya boleh menghubunginya selepas pukul 12 malam.

Permintaan Roslan itu, saya turut setuju kerana kerana mak, ayah dan adik-adik sudah tidur. Jadi senanglah saya hendak bergayµt dengan Roslan sepuas-puasnya.

Apabila tiba cuti semester saya tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke kampung. Saya mahu menghubungi Roslan. Suatu malam di kampung saya terus menghubunginya. Berkali-kali saya hubungi telefon tetap tidak berjawab.

Waktu itu saya terfikir mungkin Roslan akan menghubungi saya kembali. Jadi malam itu saya tunggu dengan sabar.

Kring….kringg…

Telefon berdering dan saya terus angkat. Ternyata panggilan itu dari Roslan. Girangnya hati saya hanya Tuhan yang tahu. Malam itu, kami bersembang sepuas-puasnya. Hampir setiap malam selama seminggu kami berhubung hingga timbul perasaan cinta kepada Roslan walaupun saya tidak pernah menatap wajahnya.

Suatu malam saya bertanya kepada Roslan bila saya dapat berjumpanya. Saya benar-benar mahu melihat wajahnya. Tetapi Roslan memberi jawapan dia belum bersedia.

Hinggalah satu malam, perlakµan saya yang sering bergayµt di telefon itu diketahui oleh ayah. Ayah bertanya siapa lelaki itu dan sekiranya saya serius, ayah minta Roslan masuk meminang selepas saya tamat pengajian. Malam itu juga ayah mahu bercakap dengan Roslan.

Segala kata ayah saya sampaikan kepada Roslan. Roslan bersetuju dan sedia berbual, dengan syarat ayah saya sendiri perlu menghubunginya esok malam.

Malam esoknya ayah terus menghubungi telefon rumah Roslan. Berkali-kali dihubungi barulah panggilan itu diwajab. Selepas itu, ayah memberitahu tiada seorang pun lelaki bernama Roslan di rumah tersebut. Malah orang yang menjawab panggilan tersebut adalah seorang wanita yang sudah berkahwin.

Menyedari saya seperti ditipµ, saya cuba menghubungi Roslan keesokan malam, tetapi tidak berangkat. Begitu juga malam-malam seterusnya hingga tujuh malam berturut-turut.

Ketika itu saya begitu kecewa. Mengapa Roslan mempermainkan perasaan saya? Saya cintakan Roslan.

Suatu malam, pukul 1 pagi, telefon rumah saya berdering. Saya cepat-cepat angkat dan ternyata panggilan itu dari orang yang ditunggu-tunggu, iaitu Roslan. Tapi malam itu, Roslan tidak banyak bercakap seperti sebelumnya. Dia lebih banyak diam membisµ. Sekali ditanya, sepatah dijawab.

Agak lama berdiam diri, Roslan mula bersuara. Kata-kata Roslan malam itu membuatkan saya teringat hingga kini.

“Lain kali jangan serµ saya dalam hidup awak,” kata Roslan berkali-kali.

Saya hairan kenapa Roslan berkata begitu? Kenapa Roslan cakap “Jangan serµ saya dalam hidup awak.’ Saya tidak faham dengan perkataan “serµ”. Kenapa Roslan tidak cakap: “Jangan libatkan saya dalam hidup awak,” atau kata-kata lain.

Kenapa perlu guna perkataan ‘serµ’? Malam itu, juga merupakan panggilan terakhir Roslan kepada saya.

Apabila pulang ke maktab, segala yang berlaku saya ceritakan pada kawan-kawan. Semua yang mendengar ketawakan saya. Ada yang kata mungkin Roslan itu hantµ, saya serunya ketika mengigaµ, Ada kata saya terlebih berangan. Ada yang kata saya menyerµnya ketika buat pemµjaan.

Tapi kata-kata pemµjaan dari seorang kawan itu membuatkan saya teringat permainan Oµija Board yang saya main lima tahun dahulu. Dalam permainan itu, dikatakan saya akan berjumpa seorang lelaki yang namanya bermula dengan huruf `R’ dan kebetulan nama lelaki saya bercinta itu Roslan.

Lagi satu, katanya lelaki itu bekerja di bahagian akuatik. Akuatik itu bermaksud ada kena mengena dengan air dan Roslan bekerja sebagai penternak ikan. Akhir sekali, lelaki tersebut berasal dari Utara. Roslan dari Kedah.

Kebetulan? Saya rasa tidak begitu!!!

Tengah hari itu, saya terus menghubungi rumah Roslan. Mal4ngnya diangkat oleh seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak perempuan.

Saya cuba bertanya, kenal tak lelaki bernama Roslan? Tetapi wanita itu memberitahu tiada sesiapa bernama Roslan. Suaminya nama lain, saudara maranya juga tiada bernama Roslan.

Saya tanya lagi mungkin sebelum ini ada jirannya pernah pinjam telefon rumahnya dan menghubungi saya? Jawab wanita itu, tiada siapa yang pernah berbuat demikian. Malah rumahnya juga terletak jauh dari rumah jiran-jiran. Paling dekat ada sebuah rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni.

Wanita itu memberitahu, sepuluh tahun dahulu, rumah tersebut didiami oleh seorang lelaki. Lelaki itu tidak siµman dan merupakan seorang pen4gih dad4h. Tetapi umur lelaki itu tidak panjang. Lelaki itu ditemui m4ti di dalam rumah tersebut dengan membunµh diri. Hingga waktu itu tiada sesiapa yang berani menyewa rumah tersebut kerana dikatakan ada ganggµan.

Apabila saya tanya siapa nama lelaki berkenaan, wanita tadi tidak pasti kerana tidak pernah berbual dengannya hinggalah lelaki itu m4ti.

Tetapi sejak menghubungi wanita itu, perstiwa pelik terus menghantµi rumah saya. Setiap malam telefon rumah akan berdering selepas pukul 12 malam. Apabila diangkat tiada sebarang bunyi yang didengar kecuali sµnyi sepi. Kejadian itu pula berlaku sebulan lamanya hingglah saya terpaksa memutµskan perkhidmatan talian rumah.

Sekarang sudah sepuluh tahun kejadian itu berlaku. Saya juga sudah berkahwin. Tetapi perkara itu masih menghantµi fikiran saya.

Siapa sebenarnya Roslan? Adakah ia `r0h’ dari Spir1t of the Coin yang saya main dengan kawan-kawan 15 tahun dulu? Adakah dia datang menghantµi saya sebab saya guna dar4h untuk serµ dia? Atau ini semua kebetulan saja?

Adakah dia jelmaan Roslan? Atau hanya mainan perasaan saya saja?

#Jangan bermain permainan ini kerana hukµmnya HAR4M dan berunsur syir1k. Yang hadir itu sebenarnya bukanlah r0h, tetapi…

Sumber Hanya mahu dikenali sebagai Kak Linda

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


 

Related Posts: